Tuesday, November 15, 2016

Resepi Maggie Mee Goreng Simple



Resepi Maggie Mee Goreng Simple dan sedap!
Waktu penyediaan : Kurang daripada 30 minit :)

Bahan-bahan :

4 Bungkus Maggie Mee (Celupkan dalam air panas dlm 2-3 minit, jgn lama2 nnti lembik)
4 ulas bawang putih di hiris
3 ulas bwang merah di hiris
2-4 sudu cili boh/ cili kisar (mahu extra pedas, kisar bersama cili padi)
Hirisan ayam/daging/udang
Sayur sawi/kobis potong kecil.
Telur.

Bahan- bahan perasa :

2 sudu besar sos tiram
Sos cili
Kicap lemak manis (ntuk bagi warna sahaja, jgn simpan byk sgt )

Cara- cara :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bwg merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar/boh, daging/ayam bersama secawan air dan rebus hingga empuk.
3. Masukkan bahan-bahan perasa sos.
4. Masukkan sayur bersama maggie mee dan gaulkan rata dengan api kecil sahaja.
5. Kuiskan maggie pada tepi kuali dan pecahkan telur pada bahgian tengah kuali. Bila telur sudah mula masak, gaulkan cepat telur bersama maggie.
6.Tutupkn api .

Sedia untuk di hidang!


------> Pun boleh di versetailkan menjadi mee goreng pattaya.

Siap bekal ntuk ncik tunang ! :D

1 comment:

  1. MLB Baseball Game Odds and Lines | Shootercasino.com 우리카지노 우리카지노 우리카지노 우리카지노 カジノ シークレット カジノ シークレット 4065Golden Gate Poker - Thauberbet

    ReplyDelete