Tuesday, November 15, 2016

Resepi Kolo Mee Simple



Resepi Kolo Mee Simple Versi Maggie Mee :D

Bahan-bahan :

4 Bungkus Maggie Mee
8 ulas bawang putih di hiris
5-6 sudu makan Sos Tiram (Terpulang pada rasa)
Minyak masak
Daun sup di hiris nipis.
Maggie Cukup rasa (jika perlu)
Telur

Cara- Cara :

1. Didihkan air panas beserta minyak masak (dlm 1-4 sudu makan) dan celupkan maggie mee. Biarkan selama 5 minit dan toskan. 
2. Tumis bwg putih sehingga naik bau dan masukkan sos tiram sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit hirisan daun sup dan gaul sebentar dengan api kecil.
4. Tambahkan perasa maggie cukup rasa sekiranya perlu. (Sis x tmbh pun sebab dh tiptop rasa nya)
5. Tutupkan api dan masukkan maggie mee tadi, gaul rata. Siap di hidang di dalam pinggan.
6. Dalam kuali lain,goreng telur dadar yg diperasakan dengan maggie cukup rasa.
7. Hiaskan telur dadar dan taburkan lebihan hirisan daun sup di atas maggie mee tdi.

Sedia untuk makan!

Sedap di makan panas-panas. Ngaummmmmm :D



No comments:

Post a Comment